Thursday, December 23, 2010

renungkanlah,,

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

Wednesday, December 22, 2010

dosa berkuku panjang..renungkanlah

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan
kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak
sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh
diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu
yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata
pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Friday, December 18, 2009

in memoriEs...sob3..frenz 4 eva...

xm da abes...
mmg r epy sumer org kan...
dhlah kt merdeka lmbt pd org...
tp yg plg xthn....
berpsh ngan kengkwn...

terutamanya SITI...

ku akn windu kamoo....
xda org dhla nak gdh pasnie...
dtg r mai jln umah ekk..

bwat kengkwn yg len pown....
ak windu same kamoo sumer...
jgn lpe contact ek...
sob3...

bwat FATIHAH,

sory coz xdpt bg jwpn ntuk soklan awk...
sy xtaw yg mane satu plhn....
satu agy,,,sory adiah simple...

bwat ATEN,ANES N ANA...

bestfrenz 4 eva ek....
jgn nakal2...
aten,,,hope u success....

bwat sume yg nak bwat lesen...
i arap u all lls dgn cmrlang...
jgn smpai repeat keyh...
huhuhu...

I WILL MISZ U ALL!!
in memories...sob3



aten dpt!!!



psnn terakhir dr ex kpten..kpd daske,,slmt menunaikan umrah...doak kjayaan sumer..



no komen..hu3




SITI!!i willl misz u..xda org nak gdh..sob3



da rsk sket...sowy,,xingt nak bke maser jamuan...




mya n i kat msjid PUTIH...HU3



no komen...hu3



sarah ngah wakpe 2???hu3




i will misz u all!!



sarah comey skali!!hu3



frenz 4 eva!!



abu yg malu2..ha3...fay comey skali!!hu3



nuyu,lia n me...



mangat suha minum or...



najwa wak nda or...



in memories..




abah ter syg kat blakang...

Wednesday, June 3, 2009

RAWATAN HATI...


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
P/S:peringatan bwat ana juger...

Renungkanlah... "Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu. Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan."Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah."Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya."Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya." P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.

opsss!!

spt yg kt ktahui,,,
smlm rnthnye stadium yg mnjd kbnggaan ngri tganu...
mmg trkjowt gler r...
shari sblm 2 ana br jer lalu kat kwsn 2 then brdkp dgn famly sal stadium 2....
then pg smlm kazen ana yang keje kat c2 tepon btaw stadium 2 dh rnth...
shbt ana plak,ami antor msg then bgtaw yg stadium 2 rntuh dpn mater dyer...
ini adlh dugaan dr Allah n mgkn nk mnyelmtkan orang tganu yg trelalu lara dgn dunia....


n utk pngtahuan,,
ustz md nor dh slmt n skrg duk kat wad 8A...
kpd student yg nak mlwt...
dipersilakan..

then,,,abeskanlah cutiey nie dgn sbaeknya...
jgn buang maser anda...
bwat kwn2 yg daa nak spm...
chayowk!!!!
n kat dungun ader kem easy math....
saper yg nak prgy,,,bley lar dftar....



epy oliday sumer!!!!

Tuesday, June 2, 2009

diz iz me...


Always been the kind of girl

That hid my face

So afraid to tell the world

What I've got to say

But I have this dream

Right inside of me

I'm gonna let it show

It's time to let you know

To let you know

This is real, this is me

I'm exactly where I'm supposed to be now

Gonna let the light shine on me

Now I've found who I am

There's no way to hold it in

No more hiding who I wanna be

This is me

Do you know what it's like

To feel so in the dark?

To dream about a life

Where you're the shining star

Even though it seems

Like it's too far away

I have to believe in myse

lfIt's the only way

This is real, this is me

I'm exactly where

I'm supposed to be now

Gonna let the light shine on me

Now I've found who I am

There's no way to hold it in

No more hiding who I wanna be

This is me

You're the voice I hear inside my head

The reason that I'm singing

I need to find you,

I gotta find you

You're the missing piece I need

The song inside of me

I need to find you,

I gotta find you

This is real,

this is me

I'm exactly where I'm supposed to be now

Gonna let the light shine on me

There's no way to hold it in

No more hiding who I wanna be

This is me,

this is me

Now I've found who I am

There's no way to hold it in

No more hiding who I wanna be

This is me.....

Thursday, May 28, 2009

+++kngkwn++++

+++++++++++++++++++++++++pmndgn yg cantek+++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++kat smk membau++++++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++++++++maser kat cameron+++++++++++++++++++++++++++


++++++++++++++++++++++++lwtn pss kat n.9++++++++++++++++++++++++++++++++










yeah!!yeah!!!

ari nie paper last qs ak abes daa..
lega teramat....
kdg xley blek gop agy...
ader kem sampai ary ahad....
huh,,,
pepon,,gram gler xm nieh....
sume sbjek dpt soklan spot...
xadil gler arr!!!!
huh,,,
tobak tekang....
mmg result nipu r sorg2 dpt ekgy...
kdg xahulah nda nak jd...
ckgu2 sumer plex laker dorh bkper result bbduq sume nek daddok....
huh,,,
pepun,,
xahulah nak kt nda...




cutiey daa nak mler...
kdg spm smaken dkt daa....
ader waper bln jer lagy....
tkowt!!!!
+math!!
fz!!
kim!!
bio!!
& yg ak sgt tkowt,,,,,BAT!!!!!

ader sorg ambe ALLAH nie,,,yer dpt 80/80 krts 1 bat...
tobak tekang sumer org tekang laker ngan yer....
bjop plep jer....
mery!!!mu blajor ganer???
huh,,,
tekang weyh....
ustzh hamidah kt pch rekod sheh malek....
respect arrr!!!

sajer jew berceloteh.......
nak luoh...
huh,,lega ngat abes xm ekpom....

Tuesday, May 26, 2009



sahabat..

Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…bukan sakit hati tau..tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah apalah penyakit aku ni…aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak akukot…semasa waktu pulang dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..hmmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam… Daripada, Sabahatmu… "Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya. Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda....

al-fatihah..